Wednesday, 31 May 2017

Tips Mengerjakan Umrah- Part 1

Assalamualaikum w.b.t.

Saya doakan anda semua yang menziarahi blog ini sentiasa di beri kejahteraan hidup, murah rezeki, dan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga Allah mudahkan urusan duniawi anda dan akhirat nanti.

"Anda Kaya dan Sama2 Berjaya.."









Ini hanyalah berdasarkan dari pengalaman saya masa mengerjakan umrah, mungkin ada yang sesuai ada yang tidak.

First sekali yang mesti kene tahu adalah mencukupkan ilmu tentang cara mengerjakan umrah, disebabkan saya agak mengejut plan untuk buat umrah so saya banyak tak sempat hadir kelas, jadi apa saya buat saya banyak belajar dari En Goggle.

1. Kursus Umrah On9 → Sapa2 yg xde masa atau x sempat ke kelas mungkin boleh try link ni kursus umrah on9 yg simple da senang faham, sy banyak belajar dari sini, bnyk membantu dan mudah faham.

2. Semasa di sana jagalah percakapan dan apa yg difikirkan. Cth di sana ada bnyk burung merpati, mak sy cuma ckp dlm hati shj 'bnyknya burung', masa abis buat tawaf baru perasan ada sikit tahi burung kt tudung, masa balik baru dia ckp yg walaupun dlm hati je berkata tp dia ada rasa risau burung berak kene tudung.
Cth ke2 sy pula masa kat sana bnyk tundukkan kepala shj sbb takut ada 'bad thinking', tp sy slalu fikir org arab ni cantik2/nsem2, stp kali pandang ke depan je mata terus terpandang pak arab nsem2, rezeki lor hoho..

3. Semasa melawat ke perkuburan Baqi, ada 1 kiosk kecik, di situ ada buku Tafsir dan hukum2 penting seorang muslim, boleh request pada org kaunter tu FREE OF CHARGE, ada beberapa edition utk org Asia(Bahasa Indonesia), Europe(Bhs Inggeris), ia dari kerajaan Arab sendiri. Bukunya agak menarik, rugi kalau x amik.

Buku yg dpt dari kiosk di Perkuburan Baqi.

4. Raudah: Tips paling senang dengan pergi seorang diri atau berdua dan berjalan masuk dengan yakin.
Lepas solat isyak saya terus pergi makan malam,plan nak terus masuk Raudah dulu tapi perut da lapar dan pintu lama lagi nk tunggu buka, jemaah pula mmg da ramai yg menunggu utk masuk, mmg x la sy nak berebut. Lepas makan sy ajak mak tapi mak penat n nak buat hari lain, so saya tgh free time tu terus decide nak try masuk, klau ada rezeki dpt klau x hari lain je. 
Nak masuk ke Raudah ada bnyk pintu yg perlu dilalui, untuk yang baru 1st time nak pergi x perlu risau just ikut je org ramai yg jalan(mereka tu semua mmg nak pergi Raudah pun), dinasihatkan pakai jubah hitam mcm pakaian org Arab(sbb org Arab diutamakan masuk dahulu), terus berjalan dgn yakin melalui semua pintu itu,jgn toleh belakang atau teragak2 bila nmpk kumpulan org yg tgh duduk menunggu turn. Sebab tu kalau pergi seorang mmg senang dpt masuk.

5. Doa: Dinasihatkan kalau boleh buat lebih dari 10 doa, dan doa tu more specific contohnya 
"Ya Allah berjayakan la aq dalam exam dgn lulus cemerlang mendapat 4 flat."
"Ya Allah murahkan la rezeki aq berjaya mendapat income RM5k sebulan" ~ ini contoh shj la..

Dan lagi 1 jangan lupa utk mendoakan rakan2, sedara-mara atau kenalan, sebut nama mereka sekali, mintala dgn ikhlas dan bersungguh2, mendoakan kebaikan utk org lain adalah lebih baik dari diri sendiri.

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama,” (HR. Muslim no. 4912).
“Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa diketahui olehnya adalah doa mustajabah. Di atas kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang telah diutus. Sehingga setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, “Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu.”

6. Multazam: atr tempat yang paling mustajab untuk berdoa, ia berada di antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah, panjangnya dalam 2meter gitu, klau ikut ranking ini adalah tempat paling makbul skali jika berdoa. Alhamdulillah ikut pengalaman sy hampir semua doa dimakbulkan, antara doa saya adalah jodoh dan Iphone(Iphone mahal sgt x mampu den huhu..). Sekarang da dekat setahun pakai iphone dan akhir tahun ni Insyallah naik pelamin 😊 

Itu dia Multazam, saya pergi 12malam masa tu untuk sentuh dinding saja, agak susah juga, sebelah dia Hajar Aswad berapa cm shj, tp x dpt sentuh langsung pun, jemaah terlalu ramai.


7. Pancuran Emas: Doa sgt makbul klau dpt berdoa betul2 dibawah pancuran emas itu, doa yg sesuai adalah doa rezeki. Pncurn emas ini berada di dalam Hijir Ismail, utk masuk ke dalamnya agak susah juga, saya cuba masuk waktu malam jam 12, waktu tu kebanyakan jemaah buat umrah sebab cuaca agak sejuk jadi tak ramai sgt org yg cuba melekat kat dinding Kaabah tu, harapan tinggi sikit la nk dpt sentuh dinding Kaabah. Alhamdulillah tak perlukan masa yang lama sgt utk dpt masuk dalam Hijir Ismail dan berada di bawah pancuran emas.
  
Pancuran Emas,klau dapat cuba berdoa
betul2 dibawahnya. Doa utk rezeki.


Lengkungan putih itu adalah Hijir Ismail,
atasnya adalah Pancuran Emas.



Pengalaman Umrah pertama kali

Assalamualaikum w.b.t.

Saya doakan anda semua yang menziarahi blog ini sentiasa di beri kejahteraan hidup, murah rezeki, dan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga Allah mudahkan urusan duniawi anda dan akhirat nanti.

"Anda Kaya dan Sama2 Berjaya... "




Pengalaman umrah kali pertama saya adalah pada tahun 2015, pergi pun tidak dirancang, 4 bulan sebelum berangkat baru decide untuk pergi.

Mulanya rancangan awal hanya mak dengan abah sahaja, tapi last minit mak ajak pergi so dia ada teman, tidaklah sorang2 sahaja. Walaupun ada abah tapi tidak semua masa mereka akan bersama, bilik pun asing-asing.

Harga Pakej
Saya berangkat ke tanah suci dibawah agensi Al Zahabi Travel. Pakej yang diambil adalah pakej ekonomi. Jadi harganya memang la sangat berbaloi dalam RM4,990 termasuk semua skali (penginapan, makan, tiket flight, visa, dan etc).
Masa tu kira ni harga paling murah la.. sebab masa tu kebanyakan pakej harga RM5000 ke atas, harga dapat murah pun kerana mutawif kami membahagikan yuran setiap org, contoh kalau pergi 10 orang akan percuma seorang, tapi yang percuma tu tidak adalah kerana sudah dibahagikan sama rata setiap orang, sebab tu harga yang kami dapat seorang bawah RM5000.


Flight
Ahli jemaah semua berkumpul di masjid Johor Bahru menaiki bas ke 2ndLink masuk ke Singapura, kami bertolak dari airport Changi menaiki flight Etihad transit di Dubai dan terus ke Jeddah.
Apa yang menarik dari mula smpai akhir perjalanan makanan sentiasa disediakan, dari Johor Bahru pihak travel agent telah sediakan makanan, dan didalam kapal terbang pun sama, memang tidak akan lapar la.. Flight Arab ni memang tidak kedekut makanan agaknya, saya pertama kali naik flight Etihad memang pengalaman yang agak menarik dan mewah , perjalanan yang panjang tetapi tidak membosankan, setiap org disediakan screen tersendiri boleh menonton muvie, dengar lagu, main game dan screen cermin luar pun ada, boleh tengok masa kapal terbang naik dan turun sama macam apa yang pilot boleh nampak.

Perjalanan jauh so dinasihatkan klau dapat, pilih la travel agent yg menggunakan service flight Arab, selesa, tempat duduk pun luas, x de la sakit kaki or sakit pinggang nanti..


Umrah
Sampai di Jeddah kami terus sahaja ke Mekah untuk buat umrah, mutawif kami mencadangkan untuk buat yang wajib dahulu selepas itu baru melawat ke Madinah, tinggal di Mekah beberapa hari dapat la buat berapa kali umrah, kami juga dapat solat jumaat 1 kali di Mekah.
Selepas selesai di Mekah baru la kami bertolak ke Madinah, perjalanan ke Madinah agak jauh kira-kira 490km dalam 6-7 jam gitu dengan menaiki bas.

Sepanjang perjalanan ke Madinah pemandangan padang pasir sahaja, dinasihatkan kalau boleh bawa la bekal makanan atau air sebab jalan di sana tidak seperti di Malaysia,tidak banyak tempat rehat seperti RNR, kalau ada pun sikit sahaja dan mugkin sesetengah orang tidak akan selesa dengan tempat rehatnya.


Gua Hira'
Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah yang pertama kalinya melalui malaikat Jibril. Gua Hira' ini berada di Mekah, mungkin boleh minta pada mutawif masing-masing jika mahu ke sini ataupun upah orang di sana untuk hantarkan ke sana..

Nak naik ke Gua Hira' ini tidaklah mengambil masa yang lama, dalam berapa minit sahaja, ikut pada tenaga masing2, orang yang pangkat nenek/atuk pun boleh naik, lagi la orang muda kan, nak sampai ke atas tu agak berpeluh juga, tangga agak curam so kene berhati-hati.

Sepanjang mendaki ke atas ada juga beberapa orang yg duduk di tangga meminta sedekah, tetapi dinasihatkan agar berhati-hati bersedekah kerana takut sekali memberi nanti ramai yang datang pula.


Madinah
Sampai sahaja di Madinah kami terus check in hotel, masa tu waktu sudah malam, keesokan sahaja kami akan memulakan aktiviti, keadaan persekitaran di Madinah adalah lebih aman berbanding dengan Mekah, tanahnya juga lebih rata dari Mekah, kalau perasan di Mekah lebih berbukit-bukit permukaanya.
Di Madinah aktiviti lebih santai, lebih banyak aktiviti melawat dan solat di masjid Nabawi.




Salasilah keturunan Rasulullah S.A.W, ada di Masjid Nabawi. Kalau datang jangan lupa untuk tengok board ni, agak menarik.. mutawif kami cakap keturunan dari Zulaika kebanyakanya cantik2 dan handsome2.. 



Pemandangan dari atas Gua Hira', nampak tak tangga tu.. sebelum nak smpai tangga pun kene mendaki, agak curam la..




Nampak tak pakcik makcik dua orang ni terbongkok-bongkok nak naik, belum lagi jumpa tangga nak daki Gua Hira' ni, tepi2 tu rumah org2 arab kat situ. 


 Time ni da nak balik, turun dari Gua Hira,