Assalamualaikum w.b.t.
Saya doakan anda semua yang menziarahi blog ini sentiasa di beri kejahteraan hidup, murah rezeki, dan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah mudahkan urusan duniawi anda dan akhirat nanti.
"Anda Kaya dan Sama2 Berjaya... "
Pengalaman umrah kali pertama saya adalah pada tahun 2015, pergi pun tidak dirancang, 4 bulan sebelum berangkat baru decide untuk pergi.
Mulanya rancangan awal hanya mak dengan abah sahaja, tapi last minit mak ajak pergi so dia ada teman, tidaklah sorang2 sahaja. Walaupun ada abah tapi tidak semua masa mereka akan bersama, bilik pun asing-asing.
Harga Pakej
Saya berangkat ke tanah suci dibawah agensi Al Zahabi Travel. Pakej yang diambil adalah pakej ekonomi. Jadi harganya memang la sangat berbaloi dalam RM4,990 termasuk semua skali (penginapan, makan, tiket flight, visa, dan etc).
Masa tu kira ni harga paling murah la.. sebab masa tu kebanyakan pakej harga RM5000 ke atas, harga dapat murah pun kerana mutawif kami membahagikan yuran setiap org, contoh kalau pergi 10 orang akan percuma seorang, tapi yang percuma tu tidak adalah kerana sudah dibahagikan sama rata setiap orang, sebab tu harga yang kami dapat seorang bawah RM5000.
Flight
Ahli jemaah semua berkumpul di masjid Johor Bahru menaiki bas ke 2ndLink masuk ke Singapura, kami bertolak dari airport Changi menaiki flight Etihad transit di Dubai dan terus ke Jeddah.
Apa yang menarik dari mula smpai akhir perjalanan makanan sentiasa disediakan, dari Johor Bahru pihak travel agent telah sediakan makanan, dan didalam kapal terbang pun sama, memang tidak akan lapar la.. Flight Arab ni memang tidak kedekut makanan agaknya, saya pertama kali naik flight Etihad memang pengalaman yang agak menarik dan mewah , perjalanan yang panjang tetapi tidak membosankan, setiap org disediakan screen tersendiri boleh menonton muvie, dengar lagu, main game dan screen cermin luar pun ada, boleh tengok masa kapal terbang naik dan turun sama macam apa yang pilot boleh nampak.
Perjalanan jauh so dinasihatkan klau dapat, pilih la travel agent yg menggunakan service flight Arab, selesa, tempat duduk pun luas, x de la sakit kaki or sakit pinggang nanti..
Umrah
Sampai di Jeddah kami terus sahaja ke Mekah untuk buat umrah, mutawif kami mencadangkan untuk buat yang wajib dahulu selepas itu baru melawat ke Madinah, tinggal di Mekah beberapa hari dapat la buat berapa kali umrah, kami juga dapat solat jumaat 1 kali di Mekah.
Selepas selesai di Mekah baru la kami bertolak ke Madinah, perjalanan ke Madinah agak jauh kira-kira 490km dalam 6-7 jam gitu dengan menaiki bas.
Sepanjang perjalanan ke Madinah pemandangan padang pasir sahaja, dinasihatkan kalau boleh bawa la bekal makanan atau air sebab jalan di sana tidak seperti di Malaysia,tidak banyak tempat rehat seperti RNR, kalau ada pun sikit sahaja dan mugkin sesetengah orang tidak akan selesa dengan tempat rehatnya.
Gua Hira'
Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah yang pertama kalinya melalui malaikat Jibril. Gua Hira' ini berada di Mekah, mungkin boleh minta pada mutawif masing-masing jika mahu ke sini ataupun upah orang di sana untuk hantarkan ke sana..
Nak naik ke Gua Hira' ini tidaklah mengambil masa yang lama, dalam berapa minit sahaja, ikut pada tenaga masing2, orang yang pangkat nenek/atuk pun boleh naik, lagi la orang muda kan, nak sampai ke atas tu agak berpeluh juga, tangga agak curam so kene berhati-hati.
Sepanjang mendaki ke atas ada juga beberapa orang yg duduk di tangga meminta sedekah, tetapi dinasihatkan agar berhati-hati bersedekah kerana takut sekali memberi nanti ramai yang datang pula.
Madinah
Sampai sahaja di Madinah kami terus check in hotel, masa tu waktu sudah malam, keesokan sahaja kami akan memulakan aktiviti, keadaan persekitaran di Madinah adalah lebih aman berbanding dengan Mekah, tanahnya juga lebih rata dari Mekah, kalau perasan di Mekah lebih berbukit-bukit permukaanya.
Di Madinah aktiviti lebih santai, lebih banyak aktiviti melawat dan solat di masjid Nabawi.
Pemandangan dari atas Gua Hira', nampak tak tangga tu.. sebelum nak smpai tangga pun kene mendaki, agak curam la.. |
Nampak tak pakcik makcik dua orang ni terbongkok-bongkok nak naik, belum lagi jumpa tangga nak daki Gua Hira' ni, tepi2 tu rumah org2 arab kat situ. |
Time ni da nak balik, turun dari Gua Hira, |
No comments:
Post a Comment