Assalamualaikum w.b.t.
Saya doakan anda semua yang menziarahi blog ini sentiasa di beri kejahteraan hidup, murah rezeki, dan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Pengalaman saya sendiri dapat mengerjakan umrah pada usia muda tak dapat saya lupakan. Kalau boleh setiap tahun nak bekunjung ke Baitullah. Ramai kenalan saya risau keadaan ekonomi sekarang tidak membolehkan menyimpan wang. Nak beli rumah pun tak mampu, apatah lagi menyimpan untuk Umrah/Haji.
Ada yang set dalam kepala orang yang pergi sana banyak duit bolehlah..
Terus terang saya cakap kebanyakan jemaah yang pergi bukan la dari golongan org yg berduit. Ada seorang pakcik dari kumpulan kami kerja bawa teksi sahaja tapi sy terkejut bila Mutawif cakap pakcik ini pelanggan tetap, dah berapa kali mengerjakan umrah, jadi bukanlah sebab banyak duit sahaja mampu pergi.
Saya sendiri masa kesana gaji bawah RM2k, masa tu umur 25tahun, ramai fikir saya pergi makayah yang tanggung, tapi tidak..totally duit sendiri, yang penting niat dan selalulah berdoa minta dapat sampai sana. Ada je orang yang beduit tapi disebabkan hal tertentu sampai sekarang masih tak berpeluang kesana lagi.
Bak kata mutawif tak akan miskin orang yang belanjakan duit ke sana, malah akan bertambah atau diganti balik. Memang betul sy sendiri balik umrah tu bos terus naikkan gaji, hari pertama masuk kerja bos bagi tau akan naikkan gaji, terkejut gk.. siap dapat bonus lagi, separuh tambang pergi umrah tu dapat balik dalam masa yang singkat.
Saya pun memang banyak doa minta sentiasa berduit je kat sana huhu..
Ingat tahun ni nak pergi lagi tapi sebab nak settlekan kahwin so postpone dulu..(kahwin pun minta gk masa kat sana hehe..)
Balik umrah sahaja saya terus daftar untuk haji. Estimate tahun dapat pergi 2080++(tak silap), x tau la saya ada lagi ke x masa tu.. Buat kawan2 sekalian daftarlah haji di usia muda, jangan tunggu dah berusia kerana kita tidak tahu kesihatan kita, sementara tunggu haji pergilah buat umrah, pastu doa banyak2..rugi kalau x minta.
Sekarang ada banyak plan atau cara menyimpan duit ke Umrah/Haji disertakan sekali dengan banyak faedah lain yang akan dapat. Baik korang survey2 sendiri plan apa yang terbaik untuk korang. Saya plak masa tu guna duit insurans takaful untuk tambang, jadi menabung tu agak konsisten.
No comments:
Post a Comment