Monday, 5 June 2017

Pil Marvelon Tangguh Haid Untuk Umrah

Assalamualaikum w.b.t.

Saya doakan anda semua yang menziarahi blog ini sentiasa di beri kejahteraan hidup, murah rezeki, dan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga Allah mudahkan urusan duniawi anda dan akhirat nanti.

 "Anda Kaya dan Sama2 Berjaya..." 






Tarikh sepatutnya dijangka period 2 hari sebelum berangkat menunaikan umrah, masa tu memang risau sebab saya akan terus ke Mekah dahulu buat umrah, mak ajak pergi klinik minta ubat, sebab mak punya period pun tak menentu memang tak boleh nak dijangka.

Pergi klinik doktor cadangkan makan pil perancang je, tapi awal-awal lagi doktor dah cakap yang bukan 100% boleh sure menjadi walaupun makan, mungkin menjadi mungkin tidak, last skali doktor bagi pil Marvelon, untuk saya doktor cuma nasihatkan start makan 2 hari sebelum tarikh period sampai dan berhenti bila time pulang ke Malaysia sahaja, tapi untuk mak doktor nasihatkan makan sampai abis.

Mula-mula macam yakin tak yakin juga nak makan, maklumlah tak pernah makan pil perancang sebelum ni dan ada orang nasihatkan tak payah makan sebab tak elok, tapi last sekali makan juga, takut tak dapat buat umrah langsung nanti lagi naya, pengalaman first time makan pil ni semata-mata nak tahan period, bagus juga, memang ikut betul-betul seperti yang dirancangkan..

Makan pil perancang ni ada caranya juga, saya pun baru tau, kalau makan jam 11 malam, esoknya pun kene makan jam 11 malam juga, tak boleh terlambat atau tercepat, ada seorang makcik dalam group kitaorang ni dia terlambat makan dalam 12 jam gitu esoknya period dia datang balik, tapi sekejap sahaja sebab dia dah makan balik cuma terlambat sahaja. Pil ni boleh ambil di klinik, harganya dalam RM20.


Pil Marvelon

No comments:

Post a Comment