Biasa bila dengar insurans sahaja orang akan lari...mencebik atau memberi 1000 alasan tanpa ingin tahu langsung. Sepertinya insurance itu satu benda tak bagus.
Tapi pernah ke terfikir kenapa bangsa Cina/India mempunyai insurans/perlindungan diri yang banyak?? Kadang-kadang ada yang smpai lebih dari 1 perlindungan, mereka boleh pilih mana 1 nak guna jika diwadkan.
Bangsa melayu pula lebih banyak kad kredit shj sampai tak tau mana yg nk guna.
Dengan keadaan ekonomi sekarang yang mana subsidi banyak ditarik balik, boleh jadi 1 hari nanti hospital kerajaan juga akan mengenekan cas yang tinggi utk rawatan. Masa tu untuk yang tidak berduit memang bermasalah utk membiayai kos rawatan.
Manakala bangsa lain pula sedang bersantai di wad yang sejuk nyaman, tengok tv sambil menikmati makanan yang dihidangkan..
Bukan mengharap sakit.. tapi bolehkah kita jamin umur kita sekarang sehingga 80~100 tahun akan datang tidak akan sakit?
Insurans bukanlah untuk orang kaya, tapi untuk org yang biasa2 sahaja atau yang tidak berduit.
Kenapa???
Sebab kalau anda kaya anda tidak perlu protection, bila2 masuk hospital anytime boleh keluar duit berpuluh-puluh ribu untuk bayar rawatan, tak perlu meminta2 pada org lain.
Apa itu insurans??
Insurance ada banyak jenis, sebelum ambil make sure tau APA yang ia cover dan MANFAATnya..
Paling bagus sekali kenal siapa agentnya atau person in charge yang boleh kita cari jika ada apa2 masalah atau kemushkilan.
Insurance & Takaful asasnya sama iaitu PERLINDUNGAN.
yang mana ia melindungi Income, Komitmen, Saving dan Aset yang kita ada sekarang ini jika berlaku apa2 kejadian yang tidak dingini.
Kebanyakan dari kita fikir yang bayar insurance jika tak sakit rugi sebab duit bulanan tu tak dapat balik. ⇨ SALAH ❌
Duit yang anda bayar stp bulan akan digunakan untuk pelaburan dan hasilnya pencarum akan dapat semula wang itu yang dipanggil Cash Value (Untuk orang Islam digalakkan mencarum dgn Takaful kerana pelaburannya tiada unsur haram). Dalam masa yang sama ia juga akan mengajar kita berdisiplin dalam membuat simpanan untuk diri sendiri.
Cash Value ini antara sebab kenapa orang cina suka ambil insurans, dgn bayaran sekitar RM100~RM200/sebulan anda akan dapat perlindungan dan simpanan jangka masa panjang sekitar RM20,000++ hingga RM50,000++.
Q&A tentang Insurans/Takaful
Adakah Insurans Hukum-nya haram di dalam Islam?
Ya, ianya Haram. Haram dari segi riba, judi dan sebagainya. Tetapi tidak Takaful (Sebab itu ramai Agent Insurans beragama Islam hanya menjual Takaful).
Banyak kes penipuan dalam Insurans dan Takaful. Komen?
Penipuan yang berlaku tidak berkait dengan company. Setiap company insurans di Malaysia di pantau oleh Bank Negara Malaysia dan lain-lain badan pertubuhan.
Penipuan berlaku apabila terjadi salah faham atau agen menyembunyikan fakta, Sebab itu adalah sangat penting sebelum anda sign borang anda perlu tanya semua soalan yang anda mushkil atau tidak faham.
Company Insurans yang mana boleh provide insurans (Takaful) terbaik?
Tak ada. Semua company Insurans di Malaysia adalah sama sebab semuanya di bawah 'satu bumbung'.
Apa pelan insurans terbaik yang boleh dibeli?
Tak ada istilah "Pelan Terbaik" sebab setiap pelan akan dinilai berdasarkan diri anda. Pelan akan dinilai berdasarkan apa yang anda nak dan bajet anda.
Mana bagus, simpanan ASB atau Cash Value Insurans Takaful?
Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Dengan ASB anda dapat dividen setiap tahun. Insurans pula ada Cash Value juga ada interest tersendiri. Cuma, jika accident atau terkena penyakit kronik, ASB tak akan dapat bantu bayar RM50,000 untuk satu pembedahan. Dan anda juga tidak akan dpt menyimpan lagi dgn ASB jika telah sakit dan tidak ada pendapatan.
Apa jadi jika terskip bayar bulanan premium?
Jika skip bayaran premium boleh menyebabkan polisi anda LAPSE, bila polisi lapse dana perubatan yang telah disediakan untuk anda akan dibekukan, jika terjadi apa-apa yg memerlukan kos rawatan pihak takaful tidak dpt utk membiayainya, akan rugi di situ. Contoh seperti salah sorang client di bawah;
Apa sebenarnya tugas Agent Insurans.
Tugas agen Insurans adalah jaga anda. Dia akan buat semua benda untuk dapatkan apa yang anda nak dengan menggunakan Insurance. Contohnya, anda nak keluarkan RM10,000 dari polisi, semua borang dan kelengkapan adalah tugas agen untuk sediakan, dan sumbit sehingga anda dapat cheque.
Jika hari ni saya beli insurans, selepas tu esok lusa mati accident, adakah anak / keluarga saya akan dapat RM100,000 tu?
Ya jika ianya telah di approved dan dah diregister didalam sistem. Tapi saya tak rasa anda akan beli insurans because of this. Sebab orang Melayu akan kata
"Aku dah mati, duit tu bukan dapat kat aku pun. Family aku yang dapat. So buat apa aku ambil insurans nyawa?"Berbeza dengan bangsa lain yang memang tak nak anak, isteri dan keluarga dia merempat andai kata dia mati / lumpuh etc. Sadly, tak ramai ketua keluarga beragama Islam berfikiran macam ni. Mostly akan berfikir pasal diri dia je. That's the truth.
Tapi sebenarnya, orang di Malaysia beli insurans untuk saving dan perlindungan kesihatan. Sebab kos rawatan di hospital sangat mahal.
So, kalau saya tak sakit dan tak claim apa-apa sampai tua, rugi lah.
Seperti yang diberitahu pada awal tadi. Anda akan dapat Cash value setelah tamat kontrak insurans. Dan jika anda dah pernah buat apa-apa withrawal dari Cash Value, baki yang masih belum di keluarkan akan di tukarkan ke bentuk cheque dan diberikan kepada anda. Jika anda pernah claim 10,000 pun akibat dimasukkn ke hospital, Cash value anda tetap dapat sama seperti peserta yang tidak pernah claim.
Jadi anda rugi ke untung?? Jika sakit da tersedia dana yg tersendiri di peruntukan
Tapi boleh ke anda garenti umur anda sehingga 70~100tahun tidak akan sakit??
Apa Kelebihan Medical Card?
M.Card jika dilihat seperti tiada ada apa-apa fungsi, tapi sekali anda dimasukkan ke wad atau disahkan menghidap penyakit, M.Card la yg sgt penting yang ditanya oleh pihak hospital. Masa tu segala ATM card dah tak dipandang lagi kecuali lah.. dlm ATM card anda ada beratus2 ribu.
Pakej basic M.Card bernilai RM1juta untuk seumur hidup dan RM100,000 untuk setahun.
Ada kemungkinan tak insurans tidak cover?
Ada. Utk penyakit yang sedia ada, Bersalin dan Kosmetik. Selain itu seperti dibawah.
Jenayah
Andai kata anda accident ketika lari dari polis setelah kantoi mencuri, itu tidak di cover. Tapi jika anda mati ketika accident tu, ada kemungkinan anda akan dapat pampasan. Dan, andai kata anda bunuh diri kurang dari 7 tahun selepas membeli insurans, ada kemungkinan anda juga tidak akan mendapat pampasan.
Polisi Lapsed
Andai kata anda tidak membayar premium (RM) bulanan anda, serta merta anda tidak dicover oleh insurans. Sebenarnya, a good agent akan sentiasa mengingatkan anda untuk membayar Insurans setiap bulan kalau client masih belum bayar.
Tidak Berkait
Antara bayaran lain yang tak dicover adalah jika ianya request dari anda. Contohnya, korang accident. Kemudian korang minta ubat untuk sakit selesema. Itu MUNGKIN tidak di cover. Untuk sebarang pembedahan kosmetik yang tidak berkaitan dengan kemalangan juga tidak dicover.
Tidak Inform Pihak Insurans.
Misalkata sebelum ni anda kerja sebagai Guru. Kemudian anda tukar profession anda sebagai Pilot tanpa bagi tahu pihak Insurans. Kemudian, kapal terbang yang anda pandu tu terhempas dan anda cedera teruk, anda tidak akan mendapat pampasan. Kalau mati, hanya dapat pampasan kematian je. Pampasan kemalangan tidak akan dapat.
Boleh tak claim insurans kalau kat klinik je tanpa masuk ward?
Tak boleh. Syaratnya adalah masuk ward lebih enam jam dan bermalam.
Melainkan, anda tambah benefits yang yang membolehkan anda claim bil klinik. Mungkin kena tambah dalam RM20-RM30 dan ke atas.
Abis tu, rugi la kalau sakit teruk-teruk tak boleh claim?
Jika anda di masukkan ke wad atas sakit tertentu, segala bil klinik sblm ini untuk penyakit yang dimasukkan ke wad itu boleh diclaim balik dalam masa 3 bulan. Yang penting resit dan document dari klinik tadi anda simpan untuk bukti.
- Anda pergi klinik untuk check sakit kepala. X-ray bagai. Kena RM500 ringgit. - Anda tak boleh claim.
- Next week, sakit makin teruk, anda pergi lagi klinik tu. Doktor bagi rawatan power. Kena RM1500 - Anda tak boleh claim.
- Jumlah bill RM2000
- Another next week, sakit kepala makin teruk. Anda pergi hospital, doktor kata "Teruk sangat dah ni dik." Kemudian doktor suruh anda masuk ward.
- Once korang masuk ward, semua bill klinik etc (in this case RM2000, boleh di-claim). Dengan syarat, ianya berkait dengan sakit anda masuk ward. Jangan la korang masuk ward sebab sakit jantung tapi korang pi claim sakit mata.
JIka saya ada silap fakta, sila bagi tahu ya?